stress tak datang haid

 

SAYA berusia 19 tahun dan kini bekerja sambilan sementara menunggu untuk melanjutkan pelajaran. Masalah saya membabitkan ketidakstabilan hormon. Saya didatangi haid buat pertama kali pada Oktober 2010 ketika berusia 15 tahun.

 

Kali terakhir saya didatangi haid pada penghujung Disember 2013, itu pun semasa saya masih belajar. Selama dua, tiga bulan saya tidak didatangi haid dan saya sangka akibat tekanan belajar, tidur tidak menentu dan cara pengambilan makanan harian.

 

Ketinggian saya 149 sentimeter dan berat badan 56 kilogram. Sebelum ini saya pernah mengambil Evening Primrose Oil semasa belajar. Hanya sekali saja saya mengambil pil terbabit dan didatangi haid.

 

Kini saya tidak didatangi haid selama hampir setahun pada tahun ini. Saya takut untuk mengamalkan pil terbabit sepanjang keadaan hormon tidak stabil kerana mungkin ada masalah lain yang timbul.

 

Sebelum ini saya pernah berjumpa dengan doktor sakit puan di klinik swasta, tetapi katanya masalah tidak didatangi haid ini perkara normal serta tiada ubat yang perlu diambil kerana ia satu masalah hormon dalam badan.

 

Harap doktor dapat memberi pandangan kerana saya bimbang ia akan menjejaskan masa depan apabila saya mahu merancang keluarga selepas berkahwin kelak.

Farah,
Perak

 

DALAM keadaan anda, lebih enam bulan ketiadaan haid dinamakan amenorea sekunder. Lazimnya ia mempunyai punca.

 

Ada antara puncanya boleh mendedahkan seseorang kepada risiko hyperplasia rahim atau mungkin lebih teruk kanser rahim akibat rangsangan daripada hormon estrogen secara berterusan tanpa kawalan oleh hormon progesteron.

 

Untuk makluman, wanita yang mengalami masalah kesuburan ovari (tiada pengeluaran telur atau dinamakan anovulasi) akan mengalami ketiadaan pengeluran hormon progesteron dari ovari.

 

Maka penting untuk doktor memberikan anda ubat hormon progestin (yang berfungsi seperti hormon progesteron) untuk mengelakkan risiko terbabit.

 

Bagaimanapun, ubat hormon progesteron tidak mengubati masalah kesuburan ovari. Ini bermakna seseorang itu mungkin akan terus mengalami ketiadaan pengeluaran telur dan akan kelihatan seolah-olah terpaksa bergantung kepada pil progestin untuk mendatangkan haidnya.

 

(Sumber Harian Metro)

 

Download secara percuma ebook 99 Soal Jawab Dr Ismail Tambi.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *