suntikan perancang cegah hamil

 

SAYA berusia 28 tahun dan sudah berkahwin serta memiliki seorang cahaya mata yang kini berusia empat tahun. Selepas bersalin anak sulung, saya mengambil suntikan perancang. Haid saya sangat bermasalah sepanjang mengambil suntikan terbabit.

 

Pada 7 Januari lalu, saya perlu mengambil suntikan, tetapi saya ingin bertukar kepada pengambilan ubat jadi saya disarankan ahli farmasi mengambil pil mengeluarkan haid sebelum saya mula mengambil ubat perancang.

 

Masalahnya, saya masih tidak didatangi haid jadi bagaimana saya mahu memulakan pengambilan ubat perancang? Harap doktor dapat memberikan memberi pandangan.

Nadia,
Kangar, Perlis

 

SEPATUTNYA anda berbincang terlebih dulu dengan doktor mengenai kemungkinan kesan sampingan sesuatu kaedah pencegah kehamilan sebelum memilih kaedah yang paling sesuai untuk anda.

 

Ini termasuk suntikan depo yang anda ambil. Keberkesanan suntikan ini dalam mencegah kehamilan lazimnya sehingga 12 minggu, kesan gangguan pada haid pula mungkin menjangkau tempoh itu.

 

Seeloknya, anda berjumpa doktor dahulu untuk mendapatkan perundingan profesional supaya anda lebih faham mengenai setiap satu pilihan yang ada. Ini bagi mengelakkan anda kesal semula sekiranya mendapat kesan sampingan yang tidak diigini apabila bertukar kepada pilihan lain pula.

 

Hanya apabila anda sudah serasi atau berpuas hati selepas pengambilannya untuk sekitar tiga bulan, barulah anda mendapatkan bekalan ubat yang sama di farmasi tanpa berjumpa doktor setiap bulan. Itupun, anda disarankan menjalani pemeriksaan atau pengawasan doktor setiap setahun.

 

(Sumber Harian Metro)

 

Download secara percuma ebook 99 Soal Jawab Dr Ismail Tambi.

 

 


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Muatturun Ebook Percuma 99 Soaljawab Dr Ismail TambiDownload
+