kesan sampingan gambir sarawak

 

ADAKAH penggunaan gambir Sarawak akan memberi kesan yang buruk walaupun jarang menggunakannya? Saya masih bujang tetapi rakan ada menceritakan perihal gambir Sarawak.

KHAI
Serdang, Selangor

 

GAMBIR SARAWAK atau nama saintifiknya Uncaria Gambir adalah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak ditemui di dalam hutan Sarawak.

 

Untuk makluman anda, gambir Sarawak digunakan untuk sakit gusi. Apabila serbuk gambir disental di gusi, bahagian itu akan rasa pijar dan sakit gusi akan rasa lega.

 

Jadi, gambir Sarawak sebenarnya memanaskan, memijarkan kulit atau mukosa dan boleh membakar serta meradangkan kulit yang sihat menjadi sakit dan melecur.

 

Kulit zakar dan kulit anggota kelamin perempuan dari jenis kulit lembut yang mengandungi banyak urat saraf. Apabila gambir Sarawak disapu di bahagian itu dan anggota kelamin perempuan menerima kesan dari zakar yang disapu Gambir Sarawak, kulit anggota itu akan radang.

 

Jika kebetulan bahan itu mengakibatkan alahan kepada kulit, bahagian itu akan bengkak dan melecur. Kawan anda tidak memberi maklumat ini kerana mereka tidak tahu atau mereka mahu menganiaya anda.

 

Berwaspada apabila anda diberi gambir Sarawak untuk tujuan melambatkan ejakulasi. Kesan sampingan yang berlaku boleh membantutkan hubungan intim dan mengeruhkan keceriaan. Elak guna gambir Sarawak.

 

(Sumber Harian Metro)

 

Download secara percuma ebook 99 Soal Jawab Dr Ismail Tambi.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *