pil asid folik ubat hamil mengandung

 

BOLEHKAH pengambilan pil asid folik dimulakan sebelum wanita itu hamil? Sekiranya boleh dan jika wanita itu tidak hamil misalnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan kemudian, adakah dia patut menghentikan pengambilannya?

 

Apakah dos yang sewajarnya diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil? Adakah pil ini mempunyai kesan sampingan?

Ella,
Kuala Lumpur

 

ASID FOLIK ialah sejenis vitamin B. Ia bersifat larut air, maka berlebihan dos lazimnya dibazirkan ke dalam air kencing.

 

Asid folik sangat penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf tunjang kita. Kecacatan contohnya anencephaly (ketiadaan tempurung kepala), spina bifida (penyakit saraf tunjang) boleh diturunkan risikonya dengan pengambilan asid folik seawal sebulan sebelum hamil.

 

Ini bermakna mana-mana wanita yang sudah bersedia untuk hamil disarankan mengambil pil asid folik ini. Malah, wanita yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan di atas disarankan memulakan pengambilan pil asid folik ini tiga bulan sebelum hamil.

 

Ia hendaklah diteruskan sehingga kehamilan berusia tiga bulan. Selepas itu, memandangkan pembentukan otak dan sistem saraf sudah selesai, asid folik tidak lagi memberikan kesan pencegahan kecacatan ini.

 

Bagaimanapun, tidak salah jika wanita itu ingin meneruskannya kerana ada kajian yang melaporkan pengambilan asid folik oleh orang dewasa dapat membantu mengurangkan risiko nyanyuk. Harganya pula tidaklah mahal berbanding vitamin lain.

 

Dos yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 400 mcg. Terdapat dua jenis persediaan iaitu dos 400 mcg dan dos 5,000 mcg (5 mg).

 

(Sumber Harian Metro)

 

Download secara percuma ebook 99 Soal Jawab Dr Ismail Tambi.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *